Search This Blog

Monday, April 10, 2017

Betul ke boleh tanam ros di Malaysia?

Pokok ros boleh ditanam di tanah rendah Malaysia. Betul tak statement ni? Betul! Kalau tak, tak de lah istilah bunga mawar dalam kamus Bahasa Melayu kan.

Nak tengok bukti pokok ros boleh ditanam di tanah rendah Malaysia? Meh jamu mata dengan gambar-gambar ros yang ditanam di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia ni.















Ok... cayo dah? Kesimpulannya, memang boleh tanam ros di tanah rendah Malaysia. Bukannya boleh tanam kat Cameron Highland, Genting Highland or Fraser Hill je.

Jadi, apasal pokok-pokok ros yang dibeli oleh Mak Cik, Pak Cik, Adik, Kakak, Abang, Datuk, Nenek, Datin, Cucu, Cicit, jadi mati lepas bunganya habis layu.

Haaaa.. sebab tu la saya buat blog ni. Supaya sesiapa saja yang baru nak berjinak-jinak dengan ros boleh mencari jawapan di sini.

Saya pun masih newbie dalam tanam ros. Pernah start dalam tahun 2009 atau 2010. Lepas tu tak reti jaga, pokok pun mati. Lepas tu start 2013 saya beli 2 pokok ros dari Sungai Buluh. Dari situ baru saya tau, yang kita perlu MENIMBA ILMU pokok ros kalau nak membela dan membelai pokok ros.

Serius!! Kalau tak de ilmu, macam mana nak dapat bunga2nya. Macam kita hantar anak pegi sekolah, supaya boleh timba ilmu untuk diorang makan gaji bila dah besar... (ya, being sarcastic :P)

Sila ke post seterusnya untuk mempelajari ilmu pokok ros.

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment