Salam hari Jumaat, menjemput Ramadhan.
Semua dah tau basic ilmu rose berdasarkan post yang lepas. Seterusnya, kita kena tau, bagaimana nak sediakan tanah untuk menanam pokok ros.
Nampak tak saya tak bagi ilmu kat mane nak beli pokok ros dulu? Haa... sebabnya, kalau saya suruh beli pokok ros dulu sebelum belajar pasal tanah, nanti adik, kakak, abang semua akan complain apasal pokok layu, daun gugur, paling tidak, pokok mati! Jadi, sebelum beli pokok, meh belajar pasal tanah dahulu.
Ok... campuran tanah yang saya akan ajarkan ini adalah sumber pembelajaran saya dari Puan Rohani Bee (of Honey Bee Worldtrade). Boleh click link tu untuk ke pagenya. Puan Rohani ni sifu bagi kebanyakan rosarian, termasuklah saya.
Apa yang diperlukan dalam persediaan campuran tanah?
Jadi bagaimana campuran kesemua ni?
Ini formulanya:
Di bawah adalah contoh gambar bagaimana saya menyediakan campuran tanah. Saya menggunakan vermicompost.
Kenapa saya guna Vermicompost (baja cacing)?
Sebab sikit saja diperlukan kerana baja ini sudah dalam bentuk ringkas untuk mikroorganisma tertarik kepada tanah yang kita sediakan. Bila ada microorganisma berumah tangga dlm tanah itu, bertambah suburlah tanah tu. Satu lagi yg paling bagus tentang vermicompost ini ialah kebiasaannya sudah sedia ada cacing dan telur2 cacing di dalamnya. Jadi, kalau microorganisma lambat sampai pun, cacing sudah memulakan kerjanya dengan campuran tanah kita.
Satu lagi kebaikan Vermicompost (baja cacing) ialah:
Mengandungi natural NPK yang kesemuanya adalah lebih rendah dari 3%. Maknanya baja ini tidak panas, dan tidak membakar daun atau bunga kalau terlebih tambah. NPK nya juga:
Apa lagi kebaikan Vermicompost?
Ia mempunyai shelf life yang lebih lama. Jadi tidak perlu lah kita tiap-tiap minggu membaja tanah. Dan yang paling menarik, memang vermicompost ni membaiki tanah saya yang ada dalam beratus-ratus pasu. Sebelum ni saya menggunakan baja tahi ayam, di samping budang (b. udang) dan tabing (b. tahi kambing). Dan saya mendapati lama kelamaan (after 1 year of using baja tahi), tanah dalam pasu menjadi padat. Alhamdulillah saya bertemu solution tanah saya itu dengan menggunakan Vermicompost.
Meh kita sambung penyediaan tanah untuk ros!
Step seterusnya adalah mencampur dan menggaul tanah!
Soalan?

- Tanah holland atau dikenali sebagai Peat Moss Holland (sah2 laa kan peat moss ni bukan dari Malaysia). Kalau tak tau nak cari tanah ni, guna Tanah 6 in 1 pun boleh. Kalau tak ada Tanah 6 in 1, Tanah Organic saja pun boleh. Jadi, ada 3 options tanah utama yang diberi.
- Tanah Bakar Merah
- Baja ayam atau vermicompost atau baja tahi arnab atau tahi lembu yang kering atau baja soya - Tujuan tambahan ini, adalah untuk menarik microorganisma ke tanah yang kita baru bancuh supaya lebih subur.
- Perlite (jika tiada, tak apa, tapi lagi bagus ada)
Contoh Tanah Holland |
Contoh Tanah 6 in 1 |
Contoh Tanah Organik |
Contoh Tanah Merah Bakar |
Contoh Vermicompost |
Contoh Baja Tahi Ayam |
Contoh Perlite |
Jadi bagaimana campuran kesemua ni?
Ini formulanya:
- 1 bahagian Tanah Holland atau tanah 6 in 1 atau tanah organic
- 1 bahagian tanah merah bakar
- 0.3 baja tahi ayam/tahi lembu/baja tahi arnab atau 0.1 bahagian vermicompost
- 0.1 bahagian perlite
Di bawah adalah contoh gambar bagaimana saya menyediakan campuran tanah. Saya menggunakan vermicompost.
Kenapa saya guna Vermicompost (baja cacing)?
Sebab sikit saja diperlukan kerana baja ini sudah dalam bentuk ringkas untuk mikroorganisma tertarik kepada tanah yang kita sediakan. Bila ada microorganisma berumah tangga dlm tanah itu, bertambah suburlah tanah tu. Satu lagi yg paling bagus tentang vermicompost ini ialah kebiasaannya sudah sedia ada cacing dan telur2 cacing di dalamnya. Jadi, kalau microorganisma lambat sampai pun, cacing sudah memulakan kerjanya dengan campuran tanah kita.
Satu lagi kebaikan Vermicompost (baja cacing) ialah:
Mengandungi natural NPK yang kesemuanya adalah lebih rendah dari 3%. Maknanya baja ini tidak panas, dan tidak membakar daun atau bunga kalau terlebih tambah. NPK nya juga:
- Mudah diserap oleh pokok (phytosoluble)
- Mengandungi trace element (kalau beli baja kimia kan selalu tulis contohnya NPK 8:8:8 +12, ini maknanya NPK +TE iaitu trace element sebanyak 12 bahagian)
- Mengandungi mikrob berfaedah (nitro and phoshobactors)
- Mengandungi acid humic/fulvic
- Mengandungi pH neutral
- Menjadi pest repellant semulajadi
- Menjadi penggalak pertumbuhan dan buah
Apa lagi kebaikan Vermicompost?
Ia mempunyai shelf life yang lebih lama. Jadi tidak perlu lah kita tiap-tiap minggu membaja tanah. Dan yang paling menarik, memang vermicompost ni membaiki tanah saya yang ada dalam beratus-ratus pasu. Sebelum ni saya menggunakan baja tahi ayam, di samping budang (b. udang) dan tabing (b. tahi kambing). Dan saya mendapati lama kelamaan (after 1 year of using baja tahi), tanah dalam pasu menjadi padat. Alhamdulillah saya bertemu solution tanah saya itu dengan menggunakan Vermicompost.
Meh kita sambung penyediaan tanah untuk ros!
Step seterusnya adalah mencampur dan menggaul tanah!
Campurkan semua bahagian. |
Gaul dan gaul sehingga rata. Berpeluh2 den tau. Dan sedia untuk digunakan. |
Soalan?
- Kenapa Tanah Holland lagi bagus dari tanah 6 in 1 atau tanah organik?
- Jadi, tak pe ke saya pakai tanah organik atau tanah 6 in 1?
Boleh, provided, adik kakak abang campur tanah merah bakar. Tanah merah bakar ni akan membantu meneutralkan teksture sabut kelapa ni. Dan memanjangkan shelf life tanah kita. Jadi tanah kita boleh bertahan sampai 3, 4, 5, tahun sebelum kena tukar. Tak laa membazir dari setiap tahun kena tukar. Tanah dalam pasu memang kita perlu tukar after 3 ke 5 tahun. Kena check selalu keadaan tanah dalam pasu.
- Habis tu, kenapa tak pakai je tanah holland 100%?
Tanah holland ni agak mahal dan susah nak dpt, sebab tu kita masih campur ngan tanah merah bakar. Jimat membawa berkat!! Tul tak?
- Boleh tak saya guna tanah hitam campur?
Ni soalan cepu emas. Percaya tak kalau saya kata tanah hitam campur ada banyak campuran tanah liat. Cuba adik kakak abang try buat soil test ni..... Kena ada satu balang transparent. isi 1/4 balang dengan tanah hitam campur, then isi air sampai penuh. Tunggu dalam 15 minit ke 30 minit. Tengok ada tak lapisan tanah merah di bahagian paling bawah balang. Kalau ada, tu tandanya tanah liat, sebab tanah liat ni menyerap air, jadi dia berat, dan jatuh paling bawah. Lapisan di atas tu adalah tanah compost yang baik. Yang bawah tu yang kita tak nak sebab dia serap air. Habislah pokok di musim tengkujuh kalau ada banyak tanah liat ni.
Contoh tanah hitam campur |
- Nampak selalu pokok2 ros yang dijual, tanahnya ada campuran tanah liat, sabut kelapa dan sekam padi mentah. Apesal kita tak campur tu dalam tanah kita?
Di nurseri-nurseri, mereka banyak menggunakan bahan-bahan di atas kerana ia menyerap air. Jadi, mereka tidak perlu menyiram pokok setiap hari. Jimat laa, diorang kan berbusiness. Then, kalau kita buat camtu, kita pun jimat air! Adik kakak abang, pokok2 di nurseri tu, tak tinggal lama kat nurseri tu. Pokok2 kat rumah kita nak tinggal lama ngan kita. Sabut kelapa dan sekam padi punya shelf life yang singkat, dan ketiga2 di atas bersifat menyerap air. Jadi musim tengkujuh habis lah menyerap air. Bagi nurseri tak praktikal utk diorang, sbb mestilah diorang nak habiskan stok dlm masa 6 bulan. Kita nak bela pokok nak laa sampai kita mati pokok tu masih ada kan, kan kan?
Kesimpulannya:
- Kenapa perlu guna Perlite? Apa kegunaannya?
- Pokok lain boleh tak guna campuran tanah yang sama macam pokok ros ni?
Kesimpulannya:
- Belajar dulu tentang penyediaan tanah untuk anak duri anda sebelum membeli anak duri.
- Bahan-bahan yang diperlukan adalah tanah compost (holland/6 in 1/organic), tanah merah bakar, baja, perlite.
- Sabut kelapa, sekam padi mentah dan tanah liat adalah kurang bagus untuk campuran tanah pokok ros kerana sifat bahan-bahan itu yang menyerap air dan memudahkan jangkitan fungus kepada pokok.
- RM1 harga pokok, mestilah dipadankan dengan RM10 harga tanah. Ini contoh perumpamaan. Maknanya, tanah tu kena betul dan sihat, baru lah pokok kita jadi subur dan sihat.
Sekian. Terima kasih kerana membaca sehingga habis.
Salam kepada sesiapa yang ingin mengepos soalan, sila pos di ruang ini. Terima kasih.
ReplyDelete