Saya dulu-dulu pun tak tau yang pokok ros hidup bergembira dengan pancaran matahari selama 6 jam at least. Dok laa pegi taruk pokok ros bawah shade, sebab takut dia tak tahan panas. Yelah, kalau dah bawak turun dari Cameron Highland, mane laa dia tahan panas kan?
Sebenarnya, salah!
Ilmu Pertama:
Pokok ros, (siaran ulangan), memerlukan 6 hingga 8 jam pancaran matahari setiap hari supaya dia rajin menghadiahkan bunga kat kita.
Ok...kalau camtu, apesal pokok ros saya taruk bawah matahari terus layu dan mati? Itu sebab Mak Cik, Pak Cik, Adik, Kakak, Abang, Cucu, Cicit tak tau asal usul pokok ros itu. Maknanya, masa nak beli, tanya dulu, "Ini ros mana mali?"
Kalau dia cakap "Cameron mali.", then jangan terus taruk bawah panas. Nanti saya bagi tau macam mane nak jaga pokok dari Cameron.
Ilmu Kedua:
Pokok ros di Malaysia biasanya datang dari:
Bunga Rose Spirit of Freedom di bawah pancaran matahari pagi. |
Sebenarnya, salah!
Ilmu Pertama:
Pokok ros, (siaran ulangan), memerlukan 6 hingga 8 jam pancaran matahari setiap hari supaya dia rajin menghadiahkan bunga kat kita.
Ok...kalau camtu, apesal pokok ros saya taruk bawah matahari terus layu dan mati? Itu sebab Mak Cik, Pak Cik, Adik, Kakak, Abang, Cucu, Cicit tak tau asal usul pokok ros itu. Maknanya, masa nak beli, tanya dulu, "Ini ros mana mali?"
Kalau dia cakap "Cameron mali.", then jangan terus taruk bawah panas. Nanti saya bagi tau macam mane nak jaga pokok dari Cameron.
Ilmu Kedua:
Pokok ros di Malaysia biasanya datang dari:
- Cameron Highland
- China
- Thailand
Yang datang dari Cameron Highland dan China memerlukan kita menjalankan proses hardening ke atas pokok ros itu. Ini disebabkan pokok2 itu dah terbiasa dibelai dalam suhu rendah, tak macam suhu kita yang asyik 34⁰C. Proses hardening tu akan saya terangkan lagi nanti.
Pokok yang datang dari Thailand memang gerenti (InsyaAllah), kalau kena dengan jaganya, campuran tanahnya, akan bergembira di kebun kita di tanah rendah. Ini disebabkan, pokok2 tu dibelai dalam suhu cuaca Thailand yang panas seperti di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan sewaktu dengannya. Kalau dah boleh tanam kat Kedah, etc, maknanya kat tanah rendah Selangor, N. Sembilan, Johor, etc pun boleh hidup.
Ilmu Ketiga:
Ada 2 jenis pokok ros yang dijual:
- Grafted (pokok kawin)
- Ownroot (takde kawin-kawin)
Grafted ke Ownroot yang boleh hidup di tanah rendah? Dua-dua pun boleh hidup.
CUMAnya, untuk pokok grafted, haruslah sentiasa diperiksa (inspect mcm Inspector Gadget) untuk tanda-tanda SUCKER.
Ilmu Keempat:
Apa itu sucker?
Apa itu sucker?
- Sucker adalah bahagian pokok understock yang mengeluarkan dahan dan pucuk baru.
- Understock ni bukanlah pokok ros yang kita nanti-nantikan. Ia adalah pokok tumpangan dalam proses perkahwinan (apabila digrafted).
- Sucker akan menghisap (macam Vampire) baja yang kita taruk untuk pokok ros. Sebab tulah namanya Sucker (penghisap).
- Jadinya, Sucker yang akan sihat walafiat, walhal pokok ros yang dinanti-nantikan semakin cekeding.
Struktur pokok ros. Photo credits to https://www.lowes.ca/articles/Picking-the-Right-Rose_a690.html |
Sucker ini harus di potong, dari bahagian batang utama lagi supaya dia tidak tumbuh lagi. Kalau setakat potong apa yang keluar dari tanah, ada potensi untuk Sucker itu bertumbesar lagi.
Jadi, buang Sucker itu dari punca/source nya lagi!
Photo credits to http://www.stalbertbotanicpark.com/roses-how-to-plant-and-grow/ |
Kesimpulan:
- Pokok ros boleh hidup di tanah rendah.
- Yang datang dari kawasan tanah tinggi atau dari luar negara yang bersuhu rendah, pun boleh hidup di tanah rendah Malaysia ni, asalkan kita tau bagaimana nak membiasakan dahulu pokok tersebut dengan cuaca dan suhu tanah rendah.
- Terdapat 2 jenis pokok ros yang dijual: ownroot dan grafted.
- Pokok ros memerlukan sekurang-kurangnya 6 ke 8 jam cahaya matahari sehari.
- Sucker adalah member Vampire kita. Buang dia dengan segera kalau ada pada pokok grafted.
Sekian dulu. Untuk ilmu selanjutnya, sila follow post akan datang.