Search This Blog

Wednesday, October 9, 2019

Memahami Baja NPK

Artikel kali ini adalah berkenaan pembajaan tanah.

Kita selalu melihat paket baja ditulis dengan nombor seperti 1-1-1, atau 18-18-18 atau 10-18-24.
Nombor tersebut merupakan measurement nutrien-nutrien utama untuk baja organik atau kimia.

Apa itu NPK?
N = Nitrogen
P = Phosphorus
K = Kalium (Potassium)

Apa kegunaan setiap unsur di atas yang terdapat di dalam baja?

N = Untuk membanyakkan daun, dahan, cabang.
P = Untuk menguatkan akar dan nutrien untuk bunga.
K = Untuk kesuburan keseluruhan pokok dan  nutrien untuk hasil buah-buahan.

Kenapa nilai NPK berbeza-beza?

Semakin tinggi nilai NPK, contohnya, (18-18-18), semakin 'panas' baja tersebut. Maka, janganlah guna baja seperti ini dalam kuantiti yang banyak. Kalau banyak kuantiti digunakan, pokok akan mati 'kepanasan'. Dalam kes ini, less is better than many.

Kebanyakan baja organik pula mempunyai nilai NPK yang rendah seperti 2-2-4, 1-1-1. Maka, kebanyakan baja organik boleh digunakan dalam kuantiti yang banyak. Again, less is better than many (bila dilihat dari segi nilai NPK).


Mana satu bagus untuk tanah - baja organik atau kimia?

Ini perkara yang subjective. Bagi saya, saya lebih sukakan baja organik. Namun, setiap 4 bulan sekali, saya akan campurkan baja organik dan baja kimia. Seperti manusia, kadang2 kita pun kena ambik vitamin atau kalsium tablets, untuk menjaga kesihatan yang seimbang. Sama lah jugak kesnya ngan pokok ros.

Yang pasti, JANGAN bajakan pokok dengan BAJA KIMIA setiap minggu. Kalau nak cuba experiment, buatlah. Tengoklah hayat pokok tu nanti ye.

Apa contoh-contoh baja untuk setiap unsur NPK?

Nitrogen

  • T. ayam
  • T. arnab
  • T. lembu (the best bagi saya so far)
  • T. Kelawar (agak panas berbanding dgn yang lain disebabkan hasil diperoleh dari gua batu kapur)
  • Soya (punca bukan dari tahi haiwan)
  • Vermicompost (punca dari worm castings)
  • Fish meal 
  • Serbuk kopi, teh
  • Mol ikan
  • B. udang

Phosphorus
  • Pisang
  • Bone Meal
  • T. Kambing
  • Rock Phosphate (CIRP- Christmas Island Rock Phosphate atau ERP - Egyptian Rock Phosphate)
  • Air Roti
  • Nasi, bihun dari beras
  • B. udang

Kalium (Potassium)

Apa pulak yang 18-18-18 +TE 24?

+TE 24 itu adalah measurement untuk trace elements. Trace Elements (TE) adalah unsur-unsur mineral sampingan yang diperlukan oleh pokok.

Contoh-contoh TE:
  • Mol bawang
  • Epsom Salt (organic)
  • Azomite (volcanic ash)
  • Iron
  • Zinc
  • Copper
  • Boron
  • Manganese
  • B. udang (kaya dengan chitin)

Jadi, kalau saya nak pokok saya banyak mengeluarkan bunga, kena guna baja apa?
Kasi laa pokok tu makan pisang macam monyet. Pisang adalah unsur P (phosphorus) yang merupakan nutrien untuk bunga. Boleh refer di atas untuk punca-punca P yang lain.

Boleh tak kasi makan pisang je pokok ros ni?
Agama Islam pun ada mengajar Wasatiyyah (bersederhana or be moderate, thank you Ustaz Harun yang ajarkan masa zaman sekolah). Apa-apa yang bagus dalam kuantiti kecil, boleh menjadi lawan dalam kuantiti besar. Contohnya, api, masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Tanah, kuantiti yang kecil boleh diguna untuk tanam pokok bunga, tapi sekali kena tanah runtuh... habis taman dengan rumah pun runtuh.

Moralnya, seimbangkan lah NPK tu:
Kalau pokok dok gugur daun atau kena togel dek blackspot, kasi laa lebih sikit N.
Kalau pokok sihat, nak bunga besar dan banyak, lebihkan sikit P.
Kalau pokok sihat, nak pokok berbunga dan berbuah, lebihkan sikit K.
Kalau pokok sakit, tak keluar2 bunga atau tunas baru, tukar tanah dan letakkan NPK yang seimbang spt 2-2-2.

Always remember, less is better than too many.

Bagaimana nak buat campuran baja untuk tanah?
Buatlah campuran mengikut nisbah yang dikehendaki. Contohnya, 1:1:1  :
  • 1 kg t. ayam (N)
  • 1 kg b. udang (N, P, TE)
  • 1 kg abu kayu (K)
  • 100 g epsom salt (TE)
atau

  • 1 kg vermicompost (N)
  • 1 kg rock phosphate (P)
  • 1 kg potash (K)
  • 200 gm azomite (TE)
dan bermacam-macam lagi boleh dicampur.


Last sekali, kalau malas nak buat campuran, tabur je baja tu bergilir-gilir mengikut minggu.
Contohnya:
Minggu 1: B. ayam
Minggu 3: B. Udang
Minggu 5: Abu kayu

dan sebagainya.

Kalau lagi malas, bubuh mana-mana baja organik dalam kuantiti yang banyak sebulan sekali.... hahaha... ini memang style saya sebab MALAS. 
AWAS: KUANTITI BANYAK tu pun subjective.

Ingat, baja organik saja (kecuali baja t. kelawar) boleh ditabur banyak, baja kimia jangan sekali.

Sekian.















What to do? - Monsoon Season

Musim hujan sudah datang. Time utk buat yang berikut utk anak2 duri:

1. Tukar tanah dalam pasu utk mana2 pokok sendu. Kalau tak tukar, dikhuatiri akan kena stem canker (batang pokok jadi hitam).

2. Tanah yang di tanah pula, boleh add on tanah bakar as top soil.

3. Kalau nak sangat trim pokok (sbb tak tahan taman macam jungle), buat waktu pagi yang terik saja.

4. Bajalah tanah dgn baja serbuk atau butir2. Baja air spt air belacan, air roti, akan mudah hilang ke entah mana2 musim hujan ni.

5. Kena pindahkan pokok ke bawah atap rumah ke? Tak pernah dibuat saya. Kalau dia survive, mmg jenis baka kuat. Tu yang nak simpan lama2. Bagi yang menhadapi risiko banjir, mungkin perlu pindahkan pokok.

Soalan cepu emas:
Mana bagus, tanam pokok ros dalam pasu atau tanah?  Ni subjective. For me, saya suka tanam di tanah. Sbb:

1. Pokok ada freedom utk akarnya tumbuh. Walaupun tanah sekitar saya tidak subur (tanah bukit batu), saya buat planting bed menggunakan campuran tanah saya. Pokok ownroot di bawah membesar bagai johan bila ditanam di tanah.

Ownroot white prosperity

2. Survival rate lebih tinggi jika saya terpaksa meninggalkan anak2 duri untuk balik kpg, etc.

3. Anak2 pokok yang baru dibeli juga menunjukkan tahap kesuburan yang lebih tinggi berbanding dgn anak pokok baru yang ditanam dalam pasu. 

Anak2 kecil di tanah


Sekian.

Monday, August 14, 2017

Cara-cara Menanam Pokok Ros (Pasu atau Tanah)


Kita sudah tahu keperluan asas untuk membela pokok bunga ros di tanah rendah Malaysia. Kita juga sudah tahu bagaimana membuat campuran tanah khas untuk pokok ros. Kita juga telah tahu di mana kita boleh membeli pokok-pokok ros yang tahan cuaca Malaysia dan pembekal-pembekal keperluan tanah dan baja untuk pokok ros kita.

Jadi sekarang, mari belajar teori bagaimana menanam pokok ros. Selepas belajar teori, kita boleh tengok video secara praktikal menanam pokok ros.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Pasu (jika tidak ditanam di tanah)
  • Lubang di tanah berukuran lebih kurang 1.5 kaki dalamnya (jika ingin ditanam di tanah)
  • Campuran tanah khas untuk pokok ros
  • Rose Food
  • Pokok Ros
Bagaimana menyediakan lubang di tanah?
  1. Gali lubang sedalam 1.5 kaki dan 2 kaki lebar.
  2. Boleh lah dimasukkan batu kerikil sedalam 2 inci. (Bertujuan supaya tanah tidak padat)
Lubang di tanah untuk penyediaan menanam pokok ros.


Bagaimana menyediakan pasu?
Letakkan surat khabar untuk melapik bahagian dasar bawah pasu supaya apabila ditambah tanah kelak, tanah tidak terkeluar. Saya sendiri tak pakai surat khabar kerana langkah-langkah yang saya ambil tidak menyebabkan banyak tanah terkeluar dari lubang. Jadi terpulang kepada citarasa masing-masing.

Langkah-langkah Menanam Pokok Ros

Langkah 1: Taburkan campuran tanah ke dalam pasu/lubang tanah.
Pastikan tanah dibentukkan seperti bukit. Lihat gambar rajah di bawah.

Letakkan tanah secara membukit di dalam lubang tanah.

Letakkan tanah secara membukit di dalam pasu.

Langkah 2: Taburkan Rose Food di atas tanah yang membukit. Rose Food boleh dibeli dari pengedar-pengedar baja pokok ros, contohnya Amanee Rose Garden (Facebook group).

Rose Food ditambah di dasar atas tanah membukit di dalam lubang tanah.

Rose Food ditambah di dasar atas tanah membukit di dalam pasu.
Langkah 3: Keluarkan pokok ros dari polibeg nya.

Langkah 4: Buangkan medium asal pokok dengan cara menggoyang-goyangkan pokok supaya medium asal yang melekat pada akar pokok dapat dibuang tanpa merosakkan akar pokok.

Kenapa medium asal dibuang?
Medium asal kebiasaannya mengandungi sekam padi dalam kuantiti yang banyak dan tanah liat. Kedua-duanya tidak sesuai untuk pokok ros di Malaysia kerana sifat kedua-duanya yang menyerap air. Ini boleh menyebabkan canker (serangan kulat pada akar dan batang pokok) dan pokok akan mati, terutamanya di musim tengkujuh.

Langkah 5: Letakkan pokok di dalam pasu/lubang tanah. Pastikan akar pokok ditebarkan supaya kebanyakkan akar menyentuh Rose Food yang berada di atas tanah membukit.

Langkah 6: Tambah tanah sehingga pokok tidak bergoyang-goyang. Tanah janganlah ditambah sehingga ke permukaan pasu. Ini akan menyukarkan kerja pembajaan kelak kerana baja akan tumpah keluar dari pasu.

Oleh itu, boleh ditambah tanah sebanyak dari setengah ke 3/4 kedalaman pasu. Bila kurang tanah diguna, lagi cepat akar dapat menerima baja yang kita tabur dan timbus ke tanah.

Langkah 7: Prune atau trim mana-mana daun yang kurang sihat dan putik-putik bunga, jika ada. Ini untuk membolehkan agar pokok dapat memfokuskan ke arah kestabilan akarnya dulu.

Kena sabar ya. Bila akar sihat, baru lah boleh kasi bunga. Akar pokok yang baru direpot mungkin mengalami stress akibat ditukar atau dipindahkan dari nurseri. Semasa dipindahkan, mungkin akar yang telah masuk ke tanah, terpaksa ditarik. Ini menyebabkan akar menjadi lemah.

Langkah akhir ialah dengan memberikan 'Deep Watering'. Kasi laa dia air banyak-banyak, biar hilang stress. Pastikan air tidak bertakung. Sekiranya air bertakung, maka campuran tanah yang diguna mungkin tidak betul.

Biarkan pokok berteduh dahulu untuk 2 ke 3 hari supaya pokok boleh 'adapt' dengan keadaan barunya.

Ok. Kita dah tau teorinya. Jom kita tengok praktikal menanam pokok ros di dalam pasu.



Selamat Mencuba!
Sekian.

Tuesday, August 8, 2017

Jom Shopping Roses!!!



Michele Morgan rose

Ok... jom kita tengok kat mana kita boleh shopping for roses kat Malaysia ni. Ada yang boleh dibeli menerusi online, dihantar oleh courier. Ada yang boleh dibeli secara walk-in ke rose garden tersebut dan ada yang membuka tawaran servis menhantar pokok rose ke rumah. 

Dan, kita juga perlu tahu di mana nak beli bahan-bahan keperluan untuk menjaga anak-anak duri ni. Jadi list di bawah turut ada senarai sellers keperluan baja, racun dan tanah untuk anak duri yang sememangnya kuat makan dan perlu dilindungi dari thrips dan mites.

 Di mana tu? Jom kita browse list yang saya baru kumpulkan:


List ni bukan lah yang paling update. Mungkin ada lagi rose seller lain yang saya tidak ketahui. Kalau ada, jangan segan silu contact saya supaya boleh saya updatekan list saya ni. Atau kalau ada salah dan silap dalam details di bawah, jangan malu2 bagitau saya ya. Terima kasih...

Ok.. jom kita tengok setiap nursery di atas:

  Aaa Rose Jualan Mami Mawa (Facebook Group)

Facebook group Aaa Rose Jualan Mami Mawa


Location: Seremban, Negeri Sembilan
Contact Person:Mami Yawinscha (Facebook ID),Mawatika Sweet (Facebook ID)
Cara Jualan:Walk-in, Online with courier delivery
Pilihan Rose BerID: Amatlah Banyak! (grafted)
Harga Sepokok Rose:
RM35 ke RM45, RM20 (ketika sale) dengan belian minimum 5 pokok.
Jualan Lain: Baja, Rose Tree.
Status: Aktif


Amanee Rose Garden (Facebook Group) 

Facebook Group Amanee Rose Garden



Location: Seri Kembangan, Selangor
Contact Person:Aeva Loreena (Facebook ID), Phone No. 013 3476 916
Cara Jualan:Walk-in, Online with courier delivery
Pilihan Rose BerID: Tiada (Keperluan baja dan tanah sahaja)
Harga Sepokok Rose:
Tiada lagi
Jualan Lain: Keperluan baja for healthy roses, keperluan tanah khas untuk pokok rose, free tips and how-to.
Status: Aktif



 DZ Rose Garden Selling English Roses (Facebook Group)

Facebook Group DZ Rose Garden_ Selling English Roses


Location: Sungai Buloh, Selangor
Contact Person:Salwani Suhadzri (Facebook ID)
Cara Jualan:Walk-in, Online with courier delivery, Online with direct home delivery.
Pilihan Rose BerID: Limited (grafted)
Harga Sepokok Rose:
RM30 ke RM45
Jualan Lain: Rose food, rose guard, keperluan tanah.
Status: Aktif



 ExoticMatahari Nursery Green Mates (Facebook Group)

Facebook group ExoticMatahari Nursery Green Mates


Location: Kuantan, Pahang
Contact Person:Norasiah Jamil (Facebook ID)
Cara Jualan:Walk-in, Online with courier delivery, Seasonal (for roses only)
Pilihan Rose BerID: Limited (grafted)
Harga Sepokok Rose:
RM25
Jualan Lain: Pelbagai jenis pokok yang exotic dan diminati ramai, keperluan baja.
Status: Aktif




 Lot 57, Green Lane, Sungai Buloh (Nursery Lot)

Lot 57 business banner

Location: Sungai Buloh, Selangor
Contact Person:Chai Suk Fah (Facebook ID), Phone no. 016 318 9883
Cara Jualan:Walk-in
Pilihan Rose BerID: Amat Banyak! (own root)
Harga Sepokok Rose:
RM35 ke atas
Jualan Lain: Baja, tanah untuk ros, rose tree.
Status: Tidak aktif


 Norin's Garden (Facebook Page)

Norin's Garden banner


Location: Nilai, Negeri Sembilan
Contact Person:Norin Asni (Facebook ID), Phone no. 011 2894 6462
Cara Jualan:Walk-in (pokok rose, baja, etc), Online with courier delivery (baja, rose guard, tiada untuk pokok rose)
Pilihan Rose BerID: Limited (own root)
Harga Sepokok Rose: RM35 ke RM45
Jualan Lain: Rose care, rose guard, rose food, bahan2 penjagaan rose.
Status: Aktif





 Qasrina Rose Homenursery (Facebook Profile)

Qasrina Rose Homenursery


Location: Bukit Payong, Terengganu
Contact Person:Qasrina Rose Homenursery (Facebook ID)
Cara Jualan:Walk-in, Seasonal
Pilihan Rose BerID: Banyak (grafted)
Harga Sepokok Rose:
RM20 dan ke atas
Jualan Lain: Miracle rose, baja, keperluan penjagaan rose.
Status: Aktif





 Ros Rosa Rose Mawar with HoneyBee (Facebook Group)

Facebook group Ros Rosa Rose Mawar with HoneyBee


Location: Shah Alam, Selangor
Contact Person:Rohani Bee (Facebook ID), Nabilah Jahara (Facebook ID)
Cara Jualan:Seasonal (untuk jualan pokok rose sahaja dan bila ada tawaran menjual untuk ahli kelab sahaja), Walk-in, Online with Courier Delivery
Pilihan Rose BerID: Amat Banyak! (grafted dan original licensed David Austin roses)
Harga Sepokok Rose:
RM20 dan ke atas
Jualan Lain: Rose food, Rose Care, HBRB, keperluan tanah.
Status: Aktif

 Sitikhadijah Hamid (Facebook Profile)

Facebook Profile Sitikhadijah Hamid


Location: Temerloh, Pahang
Contact Person:Sitikhadijah Hamid (Facebook ID)
Cara Jualan:Walk-in, Online with courier delivery
Pilihan Rose BerID: Limited (grafted dan own root)
Harga Sepokok Rose:
RM20 ke RM30
Jualan Lain: Pokok-pokok bunga
Status: Aktif



 Taman Adda Rosa Puncak Alam (Facebook Page)

Facebook Profile of Addarosa


Location: Puncak Alam, Selangor
Contact Person:Norsadariah bt Mohd Shapiai (Facebook ID), Maizatul (Phone no. 012-613 6169)
Cara Jualan:Walk-in, Online with courier delivery, Online with direct home delivery
Pilihan Rose BerID: Banyak (grafted dan own root)
Harga Sepokok Rose:
RM20 setiap pokok untuk belian 5 pokok dan ke atas.
Jualan Lain: Rose food, rose guard, scale guard, Vitamin B, rose tree, pokok-pokok buah, pokok bunga lain.
Status: Aktif



 Taman Zety Roses (Facebook Place)

Taman Zety Roses Facebook profile picture.


Location: Hulu Terengganu, Terengganu
Contact Person:Admin (Tel. no: 010-570 2227)
Cara Jualan:Walk-in, Online with courier delivery
Pilihan Rose BerID: Amatlah Banyak! (grafted)
Harga Sepokok Rose: RM20 untuk belian minimum 5 pokok, harga lebih rendah apabila sale
Jualan Lain: Rose food, Rose guard, Fungicide, rose tree, pilihan bunga2 lain seperti tube rose dan sandpaper vine.
Status: Aktif


 Nurseri-nurseri di Hospital Sungai Buloh (Nursery Lot)

A nursery lot near Hospital Sungai Buloh.


Location: Sungai Buloh, Selangor
Contact Person:None
Cara Jualan:Walk-in
Pilihan Rose BerID: Limited (mostly ownroot tanpa ID dari Cameron Highlands)
Harga Sepokok Rose:
RM20 dan ke atas
Jualan Lain: Pokok2 bunga, pokok buah-buahan, herba
Status: Aktif


Selamat bershopping!!!





















Friday, May 26, 2017

Campuran Tanah Untuk Pokok Ros

Salam hari Jumaat, menjemput Ramadhan.

Semua dah tau basic ilmu rose berdasarkan post yang lepas. Seterusnya, kita kena tau, bagaimana nak sediakan tanah untuk menanam pokok ros.

Nampak tak saya tak bagi ilmu kat mane nak beli pokok ros dulu? Haa... sebabnya, kalau saya suruh beli pokok ros dulu sebelum belajar pasal tanah, nanti adik, kakak, abang semua akan complain apasal pokok layu, daun gugur, paling tidak, pokok mati! Jadi, sebelum beli pokok, meh belajar pasal tanah dahulu.

Ok... campuran tanah yang saya akan ajarkan ini adalah sumber pembelajaran saya dari Puan Rohani Bee (of Honey Bee Worldtrade). Boleh click link tu untuk ke pagenya. Puan Rohani ni sifu bagi kebanyakan rosarian, termasuklah saya.

Apa yang diperlukan dalam persediaan campuran tanah?

  1. Tanah holland atau dikenali sebagai Peat Moss Holland (sah2 laa kan peat moss ni bukan dari Malaysia). Kalau tak tau nak cari tanah ni, guna Tanah 6 in 1 pun boleh. Kalau tak ada Tanah 6 in 1, Tanah Organic saja pun boleh. Jadi, ada 3 options tanah utama yang diberi. 
  2. Tanah Bakar Merah
  3. Baja ayam atau vermicompost atau baja tahi arnab atau tahi lembu yang kering atau baja soya - Tujuan tambahan ini, adalah untuk menarik microorganisma ke tanah yang kita baru bancuh supaya lebih subur.
  4. Perlite (jika tiada, tak apa, tapi lagi bagus ada) 

Contoh Tanah Holland

Contoh Tanah 6 in 1


Contoh Tanah Organik

Contoh Tanah Merah Bakar


Contoh Vermicompost


Contoh Baja Tahi Ayam

Contoh Perlite


Jadi bagaimana campuran kesemua ni?

Ini formulanya:

  • 1 bahagian Tanah Holland atau tanah 6 in 1 atau tanah organic 
  • 1 bahagian tanah merah bakar 
  • 0.3 baja tahi ayam/tahi lembu/baja tahi arnab atau 0.1 bahagian vermicompost 
  • 0.1 bahagian perlite


Di bawah adalah contoh gambar bagaimana saya menyediakan campuran tanah. Saya menggunakan vermicompost.



Kenapa saya guna Vermicompost (baja cacing)?
Sebab sikit saja diperlukan kerana baja ini sudah dalam bentuk ringkas untuk mikroorganisma tertarik kepada tanah yang kita sediakan. Bila ada microorganisma berumah tangga dlm tanah itu, bertambah suburlah tanah tu. Satu lagi yg paling bagus tentang vermicompost ini ialah kebiasaannya sudah sedia ada cacing dan telur2 cacing di dalamnya. Jadi, kalau microorganisma lambat sampai pun, cacing sudah memulakan kerjanya dengan campuran tanah kita.


Satu lagi kebaikan Vermicompost (baja cacing) ialah:
Mengandungi natural NPK yang kesemuanya adalah lebih rendah dari 3%. Maknanya baja ini tidak panas, dan tidak membakar daun atau bunga kalau terlebih tambah. NPK nya juga:

  • Mudah diserap oleh pokok (phytosoluble)
  • Mengandungi trace element (kalau beli baja kimia kan selalu tulis contohnya NPK 8:8:8 +12, ini maknanya NPK +TE iaitu trace element sebanyak 12 bahagian)
  • Mengandungi mikrob berfaedah (nitro and phoshobactors)
  • Mengandungi acid humic/fulvic
  • Mengandungi pH neutral
  • Menjadi pest repellant semulajadi
  • Menjadi penggalak pertumbuhan dan buah


Apa lagi kebaikan Vermicompost?
Ia mempunyai shelf life yang lebih lama. Jadi tidak perlu lah kita tiap-tiap minggu membaja tanah. Dan yang paling menarik, memang vermicompost ni membaiki tanah saya yang ada dalam beratus-ratus pasu. Sebelum ni saya menggunakan baja tahi ayam, di samping budang (b. udang) dan tabing (b. tahi kambing). Dan saya mendapati lama kelamaan (after 1 year of using baja tahi), tanah dalam pasu menjadi padat. Alhamdulillah saya bertemu solution tanah saya itu dengan menggunakan Vermicompost.

Meh kita sambung penyediaan tanah untuk ros!

Step seterusnya adalah mencampur dan menggaul tanah!


Campurkan semua bahagian.

Gaul dan gaul sehingga rata. Berpeluh2 den tau. Dan sedia untuk digunakan.

Soalan?
  • Kenapa Tanah Holland lagi bagus dari tanah 6 in 1 atau tanah organik?
          Sebabnya, tanah holland tidak mengandungi coco peat atau sabut kelapa. Sabut kelapa ini tidak baik untuk campuran tanah kita kerana ia mempunya shelf life yang singkat. Sabut kelapa ini juga adalah penarik air, jadi bila musim hujan, pokok ros akan mudah dijangkiti fungus sekiranya tanah sentiasa lembap berair. Bila dijangkiti fungus dari akar, maka ia akan kena canker. Batang pokok akan menjadi hitam dan seterusnya pokok mati.
  • Jadi, tak pe ke saya pakai tanah organik atau tanah 6 in 1?
          Boleh, provided, adik kakak abang campur tanah merah bakar. Tanah merah bakar ni akan membantu meneutralkan teksture sabut kelapa ni. Dan memanjangkan shelf life tanah kita. Jadi tanah kita boleh bertahan sampai 3, 4, 5, tahun sebelum kena tukar. Tak laa membazir dari setiap tahun kena tukar. Tanah dalam pasu memang kita perlu tukar after 3 ke 5 tahun. Kena check selalu keadaan tanah dalam pasu.

  • Habis tu, kenapa tak pakai je tanah holland 100%?
          Tanah holland ni agak mahal dan susah nak dpt, sebab tu kita masih campur ngan tanah merah bakar. Jimat membawa berkat!! Tul tak?
  • Boleh tak saya guna tanah hitam campur?
          Ni soalan cepu emas. Percaya tak kalau saya kata tanah hitam campur ada banyak campuran tanah liat. Cuba adik kakak abang try buat soil test ni..... Kena ada satu balang transparent. isi 1/4 balang dengan tanah hitam campur, then isi air sampai penuh. Tunggu dalam 15 minit ke 30 minit. Tengok ada tak lapisan tanah merah di bahagian paling bawah balang. Kalau ada, tu tandanya tanah liat, sebab tanah liat ni menyerap air, jadi dia berat, dan jatuh paling bawah. Lapisan di atas tu adalah tanah compost yang baik. Yang bawah tu yang kita tak nak sebab dia serap air. Habislah pokok di musim tengkujuh kalau ada banyak tanah liat ni.

Contoh tanah hitam campur

         
  • Nampak selalu pokok2 ros yang dijual, tanahnya ada campuran tanah liat, sabut kelapa dan sekam padi mentah. Apesal kita tak campur tu dalam tanah kita?
          Di nurseri-nurseri, mereka banyak menggunakan bahan-bahan di atas kerana ia menyerap air. Jadi, mereka tidak perlu menyiram pokok setiap hari. Jimat laa, diorang kan berbusiness. Then, kalau kita buat camtu, kita pun jimat air! Adik kakak abang, pokok2 di nurseri tu, tak tinggal lama kat nurseri tu. Pokok2 kat rumah kita nak tinggal lama ngan kita. Sabut kelapa dan sekam padi punya shelf life yang singkat, dan ketiga2 di atas bersifat menyerap air. Jadi musim tengkujuh habis lah menyerap air. Bagi nurseri tak praktikal utk diorang, sbb mestilah diorang nak habiskan stok dlm masa 6 bulan. Kita nak bela pokok nak laa sampai kita mati pokok tu masih ada kan, kan kan?


  • Kenapa perlu guna Perlite? Apa kegunaannya?
          Perlite ini adalah rahsia orang-orang nurseri. Biasa tak nampak dalam potting pokok dibeli dari nurseri, ada benda putih2 mcam telur siput. Haaa.. itulah perlite. Ia diguna untuk membantu pengaliran air apabila kita siram pokok or semasa hujan. Perlite jugak memberikan ruang pengudaraan yang baik. Ingat tau, akar pokok pun perlukan oxygen... jadi, tanah tidak menjadi mampat dengan kehadiran Perlite yang mempunyai rongga-rongga kecil. Ia juga bersifat neutral.


  • Pokok lain boleh tak guna campuran tanah yang sama macam pokok ros ni?
          Jawapannya, YA! Apa yang baik untuk pokok ros, pokok yang paling banyak songeh di dunia, adalah baik untuk pokok2 bunga lain atau pokok2 buah. InsyaAllah......


Kesimpulannya:

  1. Belajar dulu tentang penyediaan tanah untuk anak duri anda sebelum membeli anak duri.
  2. Bahan-bahan yang diperlukan adalah tanah compost (holland/6 in 1/organic), tanah merah bakar, baja, perlite.
  3. Sabut kelapa, sekam padi mentah dan tanah liat adalah kurang bagus untuk campuran tanah pokok ros kerana sifat bahan-bahan itu yang menyerap air dan memudahkan jangkitan fungus kepada pokok.
  4. RM1 harga pokok, mestilah dipadankan dengan RM10 harga tanah. Ini contoh perumpamaan. Maknanya, tanah tu kena betul dan sihat, baru lah pokok kita jadi subur dan sihat.

Sekian. Terima kasih kerana membaca sehingga habis.