Kita sudah tahu keperluan asas untuk membela pokok bunga ros di tanah rendah Malaysia. Kita juga sudah tahu bagaimana membuat campuran tanah khas untuk pokok ros. Kita juga telah tahu di mana kita boleh membeli pokok-pokok ros yang tahan cuaca Malaysia dan pembekal-pembekal keperluan tanah dan baja untuk pokok ros kita.
Jadi sekarang, mari belajar teori bagaimana menanam pokok ros. Selepas belajar teori, kita boleh tengok video secara praktikal menanam pokok ros.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Pasu (jika tidak ditanam di tanah)
- Lubang di tanah berukuran lebih kurang 1.5 kaki dalamnya (jika ingin ditanam di tanah)
- Campuran tanah khas untuk pokok ros
- Rose Food
- Pokok Ros
Bagaimana menyediakan lubang di tanah?
- Gali lubang sedalam 1.5 kaki dan 2 kaki lebar.
- Boleh lah dimasukkan batu kerikil sedalam 2 inci. (Bertujuan supaya tanah tidak padat)
Lubang di tanah untuk penyediaan menanam pokok ros. |
Bagaimana menyediakan pasu?
Letakkan surat khabar untuk melapik bahagian dasar bawah pasu supaya apabila ditambah tanah kelak, tanah tidak terkeluar. Saya sendiri tak pakai surat khabar kerana langkah-langkah yang saya ambil tidak menyebabkan banyak tanah terkeluar dari lubang. Jadi terpulang kepada citarasa masing-masing.
Langkah-langkah Menanam Pokok Ros
Langkah 1: Taburkan campuran tanah ke dalam pasu/lubang tanah.
Pastikan tanah dibentukkan seperti bukit. Lihat gambar rajah di bawah.
Langkah 2: Taburkan Rose Food di atas tanah yang membukit. Rose Food boleh dibeli dari pengedar-pengedar baja pokok ros, contohnya Amanee Rose Garden (Facebook group).
Rose Food ditambah di dasar atas tanah membukit di dalam lubang tanah. |
Rose Food ditambah di dasar atas tanah membukit di dalam pasu. |
Langkah 3: Keluarkan pokok ros dari polibeg nya.
Langkah 4: Buangkan medium asal pokok dengan cara menggoyang-goyangkan pokok supaya medium asal yang melekat pada akar pokok dapat dibuang tanpa merosakkan akar pokok.
Kenapa medium asal dibuang?
Medium asal kebiasaannya mengandungi sekam padi dalam kuantiti yang banyak dan tanah liat. Kedua-duanya tidak sesuai untuk pokok ros di Malaysia kerana sifat kedua-duanya yang menyerap air. Ini boleh menyebabkan canker (serangan kulat pada akar dan batang pokok) dan pokok akan mati, terutamanya di musim tengkujuh.
Langkah 5: Letakkan pokok di dalam pasu/lubang tanah. Pastikan akar pokok ditebarkan supaya kebanyakkan akar menyentuh Rose Food yang berada di atas tanah membukit.
Langkah 6: Tambah tanah sehingga pokok tidak bergoyang-goyang. Tanah janganlah ditambah sehingga ke permukaan pasu. Ini akan menyukarkan kerja pembajaan kelak kerana baja akan tumpah keluar dari pasu.
Oleh itu, boleh ditambah tanah sebanyak dari setengah ke 3/4 kedalaman pasu. Bila kurang tanah diguna, lagi cepat akar dapat menerima baja yang kita tabur dan timbus ke tanah.
Langkah 7: Prune atau trim mana-mana daun yang kurang sihat dan putik-putik bunga, jika ada. Ini untuk membolehkan agar pokok dapat memfokuskan ke arah kestabilan akarnya dulu.
Kena sabar ya. Bila akar sihat, baru lah boleh kasi bunga. Akar pokok yang baru direpot mungkin mengalami stress akibat ditukar atau dipindahkan dari nurseri. Semasa dipindahkan, mungkin akar yang telah masuk ke tanah, terpaksa ditarik. Ini menyebabkan akar menjadi lemah.
Langkah akhir ialah dengan memberikan 'Deep Watering'. Kasi laa dia air banyak-banyak, biar hilang stress. Pastikan air tidak bertakung. Sekiranya air bertakung, maka campuran tanah yang diguna mungkin tidak betul.
Biarkan pokok berteduh dahulu untuk 2 ke 3 hari supaya pokok boleh 'adapt' dengan keadaan barunya.
Ok. Kita dah tau teorinya. Jom kita tengok praktikal menanam pokok ros di dalam pasu.
Selamat Mencuba!
Sekian.